Friday, October 22, 2010

Redha dgn ketentuan Nya

Saya baru sahaja cuti-cuti Malaysia ( pergi Parit Buntar je)…sepanjang driving, banyak dapat mesage dari rakan-rakan prospek. Kebiasaannya mengeluh dan mengadu nasib mengapa mereka hidup susah.
Mengapa orang lain senang tapi sendiri susah. Sebenarnya kejadian alam baru sedikit sahaja ujiannya dan lumrah kehidupan kalau nak senang kena susah dulu.
Saya tertarik dengan keluhan seorang rakan pelanggan yang mengadu kepada saya , dia sekarang sedang tenat dan sakit financial. Dia selalu berdoa kepada Allah dan selalu menangis-nangis minta dijadikan orang senang.
Entah macamana, dia terluah kepada saya dan bertanya kepada saya mengapa doanya tidak dimakbulkan sedangkan dia dah tinggalkan perkara-perkara yang dilarang dan cuba berbuat baik.
Selalunya kita mendapat jawapan untuk doa yang tidak dimakbulkan disebabkan pasal kita buat dosa dan kita tak layak mendapat makbul.
Tetapi sebenarnya kita terlupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap kali kita mohon, merintih dan meminta kepada Allah, kita menangis mohon pertolongan dari Allah sebenarnya Allh sangat suka mendengar suara rintihan dan air mata kita.
Apa jadi jika setiap kali kita mohon dan doa kita terus dimakbulkan menjadikan kita berjaya…? Waktu itu kita sudah tidak bersungguh-sungguh dan sudah lupa untuk merintih kepada Allah.
Bagaimana dengan orang yang kufur mohon doa dan kita lihat mereka berjaya, hidup senang walaupun banyak buat kesalahan..? Mereka juga mohon doa dan pertolongan Tuhan.
Sebenarnya mereka ini jika cepat mendapat apa yang mereka doakan dan jadi senang kerana Allah benci mendengar suara dan rintihan mereka. Allah bagi peluang untuk mereka hidup bersenang lenang di dunia sebelum mereka di seksa selama-lamanya di akhirat.
Sebab itu kita patut bersyukur walaupun kita susah kerana bila kita susah, kita akan lagi mendekatkan diri kepada Allah. Sebab itu Rasullullah SAW sentiasa berlapar dan memilih hidup susah kerana baginda ingin lebih dekat dan mengingati Allah. Itu Rasulullah inikan pula kita.
Jika kita mohon doa pada Allah dan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan, sebenarnya kita sudah mendapat kejayaan lain. Kejayaan yang kita tak nampak dan tak sedar. Kerana semua ini akan kita perolehi di kehidupan yang akan datang…kehidupan yang kekal abadi.
Buat diri saya dan teman-teman, jika kita dalam kesusahan dan kita mohon pertolongan dari Allah dan doa kita lambat dimakbulkan atau tidak, kita jangan risau dan jangan putus asa kerana Allah Maha Mengetahui dan Allah menyayangi kita.
Usaha untuk berjaya disamping hadapi masalah dengan tenang dan yakin hanya Kuasa Allah sahaja yang dapat membangkitkan kita untuk berjaya. Kejar kejayaan Akhirat, Dunia pasti akan menyusul.

No comments:

Post a Comment

create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!