Sunday, June 5, 2011

spread the love ♥

Assalamualaikum wbt, sory post title kt ats ttbe ;P

Hari ni hari Ahad, hari yg pling best kot nk tulis blog (bg aku la.. haha)
Firstly, sory ea blog aku dah lame tggal kn kau... er, blog mmg kne update hari2 ke? o.0?
sory laa tak pndai nk tulis2 ayat jiwang kt sini haha... (perlu ke?)

okay, ape aku melalut nieh, spnjang May 2011, event aku ialah sperti di bwh :-

1) Exam Math2 ~,~"
2) BaktiSiswa 2011 - fsccstad - area : Perak
3) Induction Week - Ta'aruf Programme 11/12
4) Ta'aruf Programme 11/12 (Sub-Comm. Publicity & Protocol / Head Unit Poster & Signage)

erm, nak cte gak pnjang2.. psl aktiviti this month, tapi.. cam dah ramai jer member post psl neh,
so jln cter cam same gak lah kan? ;DD okay, klu nak tau psl kenangan2 terindah sile click :-

1) Nazurah's blog
2) Irshad's blog
3) Fizah's blog :)



ini gambar "family" PUB&PRO :) korg terbaeekkk!!!
Akhirul kalam, BarakAllahu lakum... Ukhwah fillah abadan abada... insyaAllah...! ^___^

Wednesday, April 6, 2011

Ciri-Ciri Gadis Muslimah Sopan dan Berakhlak yang Sempurna...

oleh Kalam Musafir

  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti
    bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan
    muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
 
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah. =)

Monday, March 28, 2011

Tip-Tips..! =)


Tip-tip Menjadi Sahabat Yang Baik


ÿ Memulakan memberi salam apabila bertemu. 
Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk. 
 Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita.  Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.
ÿ Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.  
 Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.  Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik.  Bukan bertujuan membodek. 
ÿ Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.  Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.   
 Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.  
ÿ Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri. 
Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri.  Allah sebaik-baik pemberi rezeki.  Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik. 
 Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka. 
Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas.  Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain. 
ÿMemberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat.  Kemudian rakan kita menegur kita.  Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya.  Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain.  Ia menunjukkan maruah kita dihargai. 
 Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.  
Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya.  Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini?  Allah bersama orang yang ikhlas. 
ÿ Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak. 
Motivasi:  Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah.  Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak.  Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf. 
 Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.
Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya. 
ÿ Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh.  Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.
Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil.  Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat.  Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis. 
 Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.
Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita. 
ÿ Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.
Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu? 
 Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah.  Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.
Motivasi:  Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya?  Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita? 
ÿ Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.
Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati. 
 Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.
Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya.  Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim.  Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur. 
ÿ Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.
Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut.  Ini janji Allah.  Nescaya ditepati.  
 Sentiasa mendoakannya.  Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita. 
ÿMenziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.
Motivasi:  Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain. 
 Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.
Motivasi:  Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat.  Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai.  Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada. 
Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah.  Apa yang telah kita amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya.  Mana yang kurang, sama-sama kita perbaikinya.  Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya.  
Ummu Abbas©Kerana Cinta’s Weblog2
4 Safar 1428H/ 3 Mac 2008
6.18pm
create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!