Sunday, October 31, 2010

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Tarikh:  9  Zulhijjah Tahun 10 Hijrah
Tempat: Lembah Uranah, Gunung ’Arafah
“Wahai  manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak  mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun  ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari  ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka  anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah  kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah  bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. 
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan diri mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. 
Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah  bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. 
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

Saturday, October 23, 2010

Petua Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.
Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

Friday, October 22, 2010

Redha dgn ketentuan Nya

Saya baru sahaja cuti-cuti Malaysia ( pergi Parit Buntar je)…sepanjang driving, banyak dapat mesage dari rakan-rakan prospek. Kebiasaannya mengeluh dan mengadu nasib mengapa mereka hidup susah.
Mengapa orang lain senang tapi sendiri susah. Sebenarnya kejadian alam baru sedikit sahaja ujiannya dan lumrah kehidupan kalau nak senang kena susah dulu.
Saya tertarik dengan keluhan seorang rakan pelanggan yang mengadu kepada saya , dia sekarang sedang tenat dan sakit financial. Dia selalu berdoa kepada Allah dan selalu menangis-nangis minta dijadikan orang senang.
Entah macamana, dia terluah kepada saya dan bertanya kepada saya mengapa doanya tidak dimakbulkan sedangkan dia dah tinggalkan perkara-perkara yang dilarang dan cuba berbuat baik.
Selalunya kita mendapat jawapan untuk doa yang tidak dimakbulkan disebabkan pasal kita buat dosa dan kita tak layak mendapat makbul.
Tetapi sebenarnya kita terlupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap kali kita mohon, merintih dan meminta kepada Allah, kita menangis mohon pertolongan dari Allah sebenarnya Allh sangat suka mendengar suara rintihan dan air mata kita.
Apa jadi jika setiap kali kita mohon dan doa kita terus dimakbulkan menjadikan kita berjaya…? Waktu itu kita sudah tidak bersungguh-sungguh dan sudah lupa untuk merintih kepada Allah.
Bagaimana dengan orang yang kufur mohon doa dan kita lihat mereka berjaya, hidup senang walaupun banyak buat kesalahan..? Mereka juga mohon doa dan pertolongan Tuhan.
Sebenarnya mereka ini jika cepat mendapat apa yang mereka doakan dan jadi senang kerana Allah benci mendengar suara dan rintihan mereka. Allah bagi peluang untuk mereka hidup bersenang lenang di dunia sebelum mereka di seksa selama-lamanya di akhirat.
Sebab itu kita patut bersyukur walaupun kita susah kerana bila kita susah, kita akan lagi mendekatkan diri kepada Allah. Sebab itu Rasullullah SAW sentiasa berlapar dan memilih hidup susah kerana baginda ingin lebih dekat dan mengingati Allah. Itu Rasulullah inikan pula kita.
Jika kita mohon doa pada Allah dan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan, sebenarnya kita sudah mendapat kejayaan lain. Kejayaan yang kita tak nampak dan tak sedar. Kerana semua ini akan kita perolehi di kehidupan yang akan datang…kehidupan yang kekal abadi.
Buat diri saya dan teman-teman, jika kita dalam kesusahan dan kita mohon pertolongan dari Allah dan doa kita lambat dimakbulkan atau tidak, kita jangan risau dan jangan putus asa kerana Allah Maha Mengetahui dan Allah menyayangi kita.
Usaha untuk berjaya disamping hadapi masalah dengan tenang dan yakin hanya Kuasa Allah sahaja yang dapat membangkitkan kita untuk berjaya. Kejar kejayaan Akhirat, Dunia pasti akan menyusul.

Thursday, October 21, 2010

Suatu Penantian

 Salam,
aku masih belum check lagi result final exam sem1
dan aku masih mahu menulis kat blog aku nih
sebab aku ttau nk express feeling aku skrg nih.. huhu


okayh, aku belum cerita lagi kan (?) life aku kat 
Centre for Foundation Studies International Islamic University of Malaysia
ceh, saje tulis panjang2 bg glamor sket haha..
dah2.. ape aku merepek nih..

So, bermulalah campus life aku kt Pusat Asasi nih..
Semester 1,
bagi aku...bolelah...
byk gak peristiwa suka & duka aku timba dari tmpt nih..
semuanya masih baru bg aku..

sistem Universiti ngn sistem SBP mmg laen gle..
selama nih aku slalu kena suap je ngn guru2 Integomb,
datang kelas cikgu bg sume..
aku just dtg skola and..
follow the flow..
semua nya dah diprogram.

thanks to all my beloved school teacher.. 
miss you'll a lot..
jasa mu sgt2 dikenang..
x dpt balas jasa diorg..
usaha mrk mmg x setanding dgn usaha2 pelajar sebenarnya...
klu tanpa bantuan, panduan, dan nasihat mrk
x mungkin batch Excell9 bole dpt 3rd place terbaik SPM 2009.



Sekarang kt U,
ade Quiz la
tutorial la
ade Carry Mark la..
kena jga pointer CGPA la..
usaha sendiri2..
klu usaha lebih dpt lebih..
dan sebaliknya..

disiplin jaga la sendiri..
mana ade guru HEM, mane ade sistem Merit 
mane ade sistem mata Rumah
mane ade Pengawas nak amek nama..
ada la Guard kt U nih, tapi pandai2 la ye..hehe
klu jumpe, cpat2 laa hiding kt member2 yg besar2.. haha
Luckily, size aku nih xde la besa mane..

Jadi, diharap utk Sem2 nih lebih baik dari Sem1,
sebab byk pengalaman yg manis dan (agak) pahit aku dah terima..
so, kena lah buat muhasabah diri..


Ya Allah, 
bantu la HambaMu
dalam perjalanan  menuntut ilmu
untuk mencari keredhaanMu
untuk melepaskan diri dari belenggu kejahilan
untuk lebih mengenal siapa penciptaku
untuk mengenal siapa diriku
untuk mengenal erti sebenar kehidupanku
untuk mencapai cita2 murni ku
untukku berbakti kpd 
Islam agamaku
Melayu bangsaku
Malaysia tanah airku
Mohd Iskandar bapaku
Norbaeyah ibuku
keluargaku
dan juga diriku.

Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaMu



*1.14pm, dalam bilik, berseorangan, atas kerusi, depan laptop atas meja, perlukan makanan *lapar!, otw nak check result final exam Sem1. -The End-

Wednesday, October 20, 2010

Kriteria Ibadurrahman


“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.
Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka[1072].
Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, jauhkan azab Jahannam dari Kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”.Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.
Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan Dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina,
Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, Maka Sesungguhnya Dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat- ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang- orang yang tuli dan buta.
Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada Kami isteri-isteri Kami dan keturunan Kami sebagai penyenang hati (Kami), dan Jadikanlah Kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
Mereka Itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang Tinggi (dalam syurga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan Ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalamnya. syurga itu Sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.” (QS 25:63-76)
[1072] Maksudnya orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata karena Allah.

Kriteria Ibadurrahman:
# orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati
# orang-orang yang mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan apabila orang-orang jahil menyapa mereka
# orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka, maksudnya orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata karena Allah.
# orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, jauhkan azab Jahannam dari Kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”.
Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
# orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.
# orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah
# orang-orang yang tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar
# orang-orang yang tidak berzina
Barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina,
Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
# orang-orang yang bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya dan mengerjakan amal saleh
# orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu
# orang-orang yang apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
# orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat- ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang- orang yang tuli dan buta.
orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada Kami isteri-isteri Kami dan keturunan Kami sebagai penyenang hati (Kami), dan Jadikanlah Kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
Pahala:
* martabat yang Tinggi (dalam syurga) karena kesabaran mereka
* mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalam syurga
kekal di dalam syurga
Sesungguhnya syurga adalah sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.
*Masih banyak perlu diperbaiki dalam kehidupan ini, Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah.

Tuesday, October 19, 2010

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Salam, post ni aku jumpe kat internet cam interesting je.. just nk share kat blog ni utk rujukan aku pd masa akan datang... :)




Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2.
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

MY RESULT (?) 


18 07 1992

1. 1+8 = 9
2. 1+8+0+7+1+9+9+2 = 37; 3+7 = 10; 1+0 = 1
3. 9+1 = 10; 1+0 = 1 (?) 


*nape no.3 same ngn no. 2? haha.. ntah laa..


My 'character'


9. Glamour
1. Pemimpin

Review :


Just for fun.. tapi btol gak.. aku suka on-stage performance coz au pnah wakil skola dlm pertandingan Nasyid & Sketsa Kerjaya.. related takk dgn 'Glamour'? HAHA..

Pemimpin.. bolela kut.. aku dulu penah jd pengawas sekolah.. atc, semua org ialah pemimpin kpd diri sendiri.. betul kan?

After all, tips ni sedikit sebanyak mmbantu aku mengenal potensi diri.. that's all for today. TQ. :D

Rahsia Tarikh Lahir Ver. 2


Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..Mari Kita Kira..Hehe




18 July 1992
18 + 7 + 1992 = 2017
2 + 0 + 1 + 7 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan (*PURE*)
- Hadir dengan idea baru.
(hmm, everyday aku ade idea bru nk wat something.. my life is not fixed)
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
(aku mmg x suka tiru ape yg org lain wat, sbb aku suka wat kepala sendiri, hhahaha)
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. (x phm sgt..huhu)
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik (Y) & kebiasannya adalah pemimpin (Y) atau boss (X)
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. (Yup! ^^ I prefer to work alone..)
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. (Okay, i'll work on it!) :D
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach (siape ni weh? >.< google laa sendiri..hoho)
*Betul ke tak.. entahlaa.. tapi just try2... ada gak yg betul.. tapi jgn percaya 100% laa.. okey? salam..

Tuesday, October 12, 2010

THE THIRD

Salam, third post so far..
Hmm.. today aku nk share sket ttg ape yg aku da buat untuk ari ni..
Semalam tdo agak lambat dlm pkul 2am camtu..
X bleh tido coz tgh browse info on DigitalLifestyle.com..
Malaysian’s got the highest average number of friends in Facebook..
Unbelievable? Just believe it..ahha~
So, nmpk sgt la Malaysians ni xde kje laen laa slain ber-Facebook!

PAGI TADI

Pagi td Wafi ajak aku pg KLCC, minta aku tolong jd photographer utk project architectural die..
Tepat pukul 0900, kereta Myvi Pink die dah terpacak dpn pintu gate rumah aku..
Aku pun siap2.. malas nk minyak rambut trus blah~haha

JOURNEY

And the journey to KLCC begins..
Perjalanan ke KL seperti biasa SESAK..
Dan mujur Smart Tag Wafi byk membantu..
Parking lot KLCC kelihatan lengang pd waktu itu,
1000 – waktu org KL bru stat nk bgun tdo, breakfast, g kje..
Oleh itu, mudahlah bg kami mencari parking..

Selamat sampai..

Suasana di KLCC masih sepi,
Kedai2 pun bru nk bukak..
2-3 kali pusing bru la kami sampai ke destinasi kami,
Harley Davidson's lifestyle Boutique,
Wafi Shakor telah ditugaskn utk menemuramah manager butik tuh..
Bg menyiapkan project : how architectural & interior design can attract customers?
*lebih kurg camtu la..huhu aku just tolong je mne laa tau psl architect tu..
Tapi boleh fikir secara logiklah..

Kalau nak satu business tu succeed, 
kita mesti la plan strategy marketing & promotion professionally..
Baru lah berduyun-duyun org attracted to look for our products.. betul tak?
*FYI, aku dulu amik Kemahiran Hidup Teras Perdagangan & Keusahawanan tau..
hehe sbb tu aku bolelah cerita sket psl business2 nih..haha
okayh, masuk2 je butik tu.. ade sorg salesgirl ni kata : “Dik, bos kuar pegi makan.”
Jadi, oleh krn both of us masih lg x breakfast..
Food Court lah destinasi kami pd waktu getir itu.   

SESI MAKAN

Aku order : Mee Sizzling + Iced Lemon Tea
Wafi order : Nasi Beriani + Ayam + Sotong + ??? + Oren Jus kot
FULL STOP.
*malas nak crita pnjg2..mkn je pun..

SESI INTERVIEW

Wafi : Interviewer
Aku : Photographer
Manager: Interviewee
Major Topic : How architectural & interior design of Harley Davidson Boutique can attract customer? 
How the products are being arranged? 
What are the products served by HD company other than motorcycle accessorises?
Duration: 30-35 minutes (app.)
End Time : 12++pm
Remarks: The interview session was superb. More than enough points given by the manager. 
Good photos and videos are captured as a proof to support Wafi’s report. 
Gained some soft skills, self-confidence and general know ledges.

LIM KOK WING UNI : Next Destination

Jam : 1315
 Oleh kerana terperap di rumah agak membosankan,
I chose to follow Wafi to his Campus, Lim Kok Wing Uni, Cyberjaya.
Awal2 Wafi dah warning aku : “Nnt ko smpi sana mybe ko akan kena Culture Shock.”
Sebab kt ramai anak2 jutaan + foreigner from all over the world = Pergaulan Bebas *Amat
Jejak je kaki aku kt LKW nih, dah terasa panas..
Kerana cuaca di Cyberjaya mmg slalu panas..ohoho..
Kurang pokok2 kot..
Positive side : Technology-Savvy, iMac, WiFi access, 
HP Touch Smart (Desktop PC) kat mana2 ceruk pun ada. ADA SURAU.
Negative side : Terlalu ramai foreigners, rasa inferior, prgaulan bebas, fashion obsession.

Remarks : Dapat la rasa cam kat oversea.. bru sedar ramai sbenarnye foreigners kat Negara kita nih.. 
opened my mind to face the global world, can see other people’s cultures, fashion and behaviours. Thanks to Allah for giving us, Malaysians to live in a peaceful and prosper country, Malaysia. J

~Pedoman~

Tujuan Allah mencipta manusia dengan ciri majmuk agar manusia saling kenal-mengenal..



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49:13)

-Wallahu A'lam-
create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!