Saturday, March 19, 2011

~eh, siapa nie? o.O~


Assalamualaikum..! Dear frens.. :)
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni hari sabtu, esok hari ahad dah nak balik cfs terchenta! ;D
tapi sblm tu nak kongsi sket psl seorang tokoh islam yg masyhur nie..
"As-Syahid Imam Hasan Al-Banna"
Mungkin ramai pena dngr nama nie...
Mungkin di buku teks PAI SPM, Syariah Islamiah tak pun Quran Sunnah... time skola dulu-dulu..
Mungkin di Mathurat dan Usrah...
Mungkin juga di surau dlu ustaz bg ceramah...
hmm, kalau artis feveret.. kita boleh kenal rupa... siap hafal biography die lagi... 
cecube hari nie kte kenal tokoh islam, pejuang agama kte plak... ^^
iaitu agama islam, rahmat Allah kpd semua hambaNya... 
A107
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Al-Anbiyaa' 21:107)
bru seimbang dunia n akhirat... ^^
okay, sekarang jom kte bce sikit biography n pesanan nye...
sikit je tak byak... smoga ade manfaatnya, insyaAllah... :)
AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA

Imam Hasan Al-Banna, pendiri gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin yang terkenal ke seluruh dunia, banyak meninggalkan catatan penting pada sejarah perjuangan Islam modern. Jgn lupa, kehadiran Imam Hasan bertepatan dengan hanya beberapa saat setelah hancurnya kekhalifan Islam yang terakhir. Tambahan lagi, setelah pemergian beliau, tiada lagi figure dakwah yang mampu dijadikan acuan dalam gerakan Islam.

"Setiap hari, dalam dakwahnya, ia berjalan kaki tidak kurang dari 20 KM. Beliau menziarahi desa-desa dan dilakukannya tanpa mengharap balasan sedikitpun dari manusia. Beliau duduk di warung kopi pada beberapa malam, menyatukan masyarakat dengan sebenarnya, dan beliau mampu mengingat nama orang yang baru saja ditemuinya walaupun hanya sekali, sehingga orang yang diajak bicara olehnya menjadi simpati."                                                                   
Banyak warisan dari Imam Hasan yang sangat menggelorakan semangat dakwah Islam. Bawah nie adalah beberapa pesanan dari wasiat-wasiatnya:-

10 wasiat Imam Hasan Al-Banna...
  1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengarkan adzan walau bagaimanapun keadaannya.
  2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran, tatapilah buku2 ilmu atau kunjungilah majlis2 ilmu atau b'dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau membuang waktu mu dalam masalah yang tiada manfaatnya.
  3. Bersungguh-sungguhlah untuk berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih krn bahasa Arab itu syi'ar Islam.
  4. Jangan memper banyak per debat an (bertengkar) dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tiada manfaatnya.
  5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram.
  6. Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh terus-menerus dalam setiap perkara
  7. Jangan mengeraskan & menyaringkan suara di atas suara yang dikehendaki pendengar, kerana hal ini akan mengganggu dan menyakiti org lain.
  8. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain (mengumpat) atau melukainya dalam bentuk apapun dan jangan berbicara (diam) kecuali perkara yang baik.
  9. Berta’aruflah (Berkenal-kenal lah) dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip asas dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
  10. Kewajipan kita sebenarnya lebih byk dr waktu yg kita ada, maka manfaatkanlah waktu sebaik-baiknya dan ringkaskan lah perlaksanaanya.

*SELAMAT BERCUTI..! ^^ Manfaatkan cuti dengan syariatNYA kerana tiada istilah cuti dalam kamus hidup seorang pejuang muslim. Allah tak pernah berehat dari mengawasi kita & malaikat rakib atid setia mencatat amal baik buruk kita. Masa itu ibarat air sungai, sekali ia mengalir, kita takkan dapat capai dan sentuhnya lagi. Sungguh rugi jika cuti kita ini hanya terisi dgn tidur, melayan tv atau fb. Ingat,KEWAJIPAN ITU LEBIH BYK DARI WAKTU. الوجبات أكثر من الأوقات

Source gambarhttp://on.fb.me/e9LvgU

Renung-Renung kan... dan selamat beramal...! ^^
Walahu’alam... Assalamualaikum... wbt

*Sabda Rasulullah SAW:

"Ballighu anni walau aayah" 
Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walaupun hanya satu ayat... :)

p/s: dialu-alukan utk tag dan share kpd sahabat2 lain :) JazakAllah khairan.. ^^

No comments:

Post a Comment

create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!